Thursday 12 February 2009

Pembina & AFS UIAM


Pembina telah bekerjasama dengan Al-Aqsa Friends Society (AFS) pada 9 Januari yg lalu dalam kempen The Ummatic Series “ Al-Aqsa Unites The Ummah ”. Setinggi syukur pada Allah kerana majlis berjalan lancar walaupun perbincangan untuk bekerjasama dilakukan seminggu sebelum itu. AFS merupakan persatuan yg menumpukan usaha menyedarkan umat mengenai apa yg sebenarnya berlaku di dunia Islam. Kempen The Ummatic Series diadakan selama sebulan bermula 2 sehingga 23 Januari. AFS dianggotai oleh pelajar-pelajar dari luar negara seperti Palestin, Arab Saudi, Bangladesh, Sri Lanka, Somalia, Qatar & sebagainya.

Oleh kerana keahlian AFS terdiri daripada pelajar luar negara maka Pembina menawarkan diri bekerjasama untuk menarik minat pelajar melayu datang ke program tersebut. Dengan itu maklumat dapat disebarkan secara meluas. Setelah beberapa kali perbincangan AFS bersetuju Pembina diberi peranan membuka gerai jualan & pameran. Segala peralatan diperolehi daripada Aman Palestin Berhad.

Ternyata kerjasama ini merupakan usaha yg berbaloi. Hasil jualan pada malam itu sebanyak RM 665 manakala derma RM 124.80 tidak termasuk kutipan yg dilakukan sendiri oleh AFS. Oleh itu AFS mempelawa Pembina bekerjasama lagi dengan mereka pada masa-masa akan datang dalam usaha menyedarkan masyarakat berkenaan isu umat Islam.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.