Aku menawarkan diri menjadi juri Pertandingan Pidato anjuran ISMA Gombak Sabtu lalu. Agak buang tabiat. Tapi kalau disingkap sejarah hidupku dalam bidang pengucapan awam, ia agak membanggakan. Aku kerap menyertai pertandingan syarahan sejak dari bangku sekolah. Banyak kejayaan yg telah aku capai. Mungkin atas kapasiti itu aku menawarkan diri menjadi juri. Namun ini adalah kali pertama aku menjadi juri, bukan hakim. Hakim merupakan seseorang yg beroutoriti memutuskan sesuatu perkara. Sedangkan juri bagi aku hanya mengadili sesuatu & tidak terlepas daripada salah silap.
Majlis bermula seawal jam 8 pagi dengan sesi pendaftaran sedangkan pertandingan dijadualkan bermula pada pukul 9. Us Wan selaku ketua juri memberikan penerangan cara mengadili pidato peserta kepadaku & Puan Aishah Hatta sebelum majlis dimulakan. Kami menggunakan format pemarkahan Pertandingan Pidato Piala Di Raja. Hmm..ini antara pertandingan yg belum pernah aku sertai kerana bersekolah di sekolah agama swasta.
Peserta datang daripada sekolah menengah sekitar Gombak. Antaranya SMK Hill Crest, SMK Sg Pusu, SBPI Gombak, SMI Al-Amin & SMK Sri Gombak. Sebanyak 6 peserta mewakili SBPI Gombak manakala masing-masing 2 bagi sekolah lain. Program dimeriahkan dengan kehadiran Team Media ISMA yg membuat rakaman.
Sebanyak 5 peserta menyampaikan pidato sebelum majlis berhenti rehat untuk minum pagi. Peserta dikehendaki menyampaikan pidato masing-masing pada pusingan pertama sebelum diberikan tajuk untuk pidato spontan pada pusingan kedua. Ini penting bagi memastikan peserta yg benar-benar layak dipilih sebagai juara, naib juara & tempat ketiga.
Peserta selesai menyampaikan pidato masing-masing sejurus masuk waktu zohor. Majlis sekali lagi berhenti berehat untuk menunaikan perintah Allah. Selesai solat zohor majlis diteruskan dengan ucapan daripada pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Dalam ucapan beliau, PPD mengalu-alukan kerjasama daripada pihak NGO & badan-badan lain memberikan sumbangan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderatahati kepada hakim, sijil & hadiah kepada para peserta.
tahniah umar!!
ReplyDelete