Wednesday, 1 April 2009

KPT : Hari Pertama

Setelah mengembara ke utara tanah air pada suku keempat tahun lepas, maka pada kali ini kami memilih pantai timur sebagai destinasi seterusnya. Dengan tema Bersama Memperkasa Jatidiri Belia, Kembara Pantai Timur ( KPT ) memulakan perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu ( KB ) pada petang khamis 5 Mac yang lalu. Kami bertolak pada pukul 6.40 petang dengan menaiki 2 buah avanza. Sememangnya pada setiap kali kembara edisi kenderaan Toyota digunakan. Kami mengalu-alukan kerjasama Toyota & Pembina pada kembara akan datang. Mungkin Toyota akan beri kebenaran Pembina pandu uji model terbaru di pasaran. Toyota sediakan kereta, Pembina pandu uji satu Malaysia.

Kembara kali ini disertai 11 pelajar Pusat Asasi UIA PJ & 2 orang pengiring daripada Pembina Kuala Lumpur. Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti untuk solat di Gua Musang. Bergambar kenangan setelah selesai menunaikan kewajipan. Belum sempat kenderaan berada di laluan utama KB, pemandu kedua dah langgar tiang elektrik. Tak nampak masa mengundur tadi, katanya. Alhamdulillah cuma lampu kiri belakang yg pecah. Tiada kesan major pada avanza yang boleh menghalang perjalanan. Selang beberapa ketika hujan turun menyebabkan pemanduan sedikit perlahan.

Tiba di KB pada 1.20 pagi & mengisi petrol. Nasib baik hujan. Kalau tak mau mengaum Dharma tibai Avanza Us Omar. Ramai orang cakap dia memang laju. Cuba anda bayangkan, avanza hanya menggunakan sekitar RM 40-50 minyak KL-KB. Sungguh menjimatkan. Us Hadi menjemput kami di Ketereh & mengepalai ke Peringat. Dalam perjalanan ke sana, kami sempat melihat aksi anak muda yang bersiap sedia untuk berlumba. Meriah jugak malam Jumaat kat KB. Bukan setakat mat-mat motor, kereta pun amik port. Di satu tempat polis sudah melakukan serbuan. Kita tinggalkan mereka dengan labu-labunya. Mata yang sudah mengantok harus diberikan hak yang sewajarnya. Kami bermalam di surau Kg Gunung. Oleh kerana bermalam di surau, maka kami adakan jadual sentri. Khuatir terlelap sampai waktu subuh. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan, 2 orang setiap kumpulan & dikehendaki menghabiskan tadarus 1 juzuk dgn 30 minit masa berjaga.

Pagi Jumaat dimulakan dengan qiyam fardi & solat subuh. Sesudah itu sesi tazkirah oleh Us Osman yang menyentuh tentang peranan pemuda. Us Hadi mengambil alih lalu mengajar nasyid katibah kepada kami. Teringat semasa menyanyikan nasyid ini di bangku sekolah dulu. Rancak Muslim & Muntaziri ikut sama sebagai suara latar. Sudah pasti dalam kesibukan ke sana ke mari, jiwa perlu diisi dgn amal & alunan nasyid yg menghidupkan iman kepada Allah. Selesai santapan rohani, sarapan pagi menghiasi agenda sebelum perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pembina Kelantan. Makan nasi kerabu pagi tue. Dua bungkus sorang. Kami mengesyaki itu adalah strategi Kelantan untuk menang mudah. Perlawanan akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Peringat. Sekiranya seri 2 kali & menang sekali di kembara utara, KPT menyaksikan kami tumpas kepada Kelantan 4-1. Apa boleh buat, team Kelantan import 2 pemain kami, bocor strategi.

Sepak mula diambil oleh Pembina Kelantan setelah taaruf ringkas di tengah padang. Atas dasar ukhuwah kami dibenarkan menyarung jersi rasmi Kelantan. Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan aksi yg tidak kurang hebatnya. Pembina Kelantan mendahului dgn 2 gol berbalas 0. Pembina UIA PJ ada peluang tapi main bola guna tangan depan gol. Ingat Maradona ke ?. Simpan tangan dalam poket bang !!. Separuh masa kedua Pembina UIA PJ mengatur strategi memburu gol penyamaan. Asakan demi asakan dilakukan tapi kelincahan penjaga gol Kelantan menafikan segala percubaan yg dibuat. Pintu gol Kelantan seakan sudah dijampi menjadikan ia sukar ditembusi. Jampi ke memang Pembina UIA PJ kaki bangku. Tue la, malas turun riadah lagi. Kan dah kalah !!.

Kami pulang semula ke surau Kg Gunung, bersiap solat Jumaat. Tengah bersiap ada seorang mak cik yang tinggal berdekatan surau offer basuh baju. Memandangkan kami tidak menginap lagi malam ini, mak cik tue pun bancuh air nescafe. Perghh, sedapnya. Ada roti & lepas mandi + penat main bola. Ditambah suasana kampung yg mendamaikan. Pohon kelapa beralun mengikut irama bayu. Nasik lauk ayam goreng & daging pulak sampai. Dua bungkus sorang jugak. Bengkak perut aku. Namun itulah hakikat Kelantan. Mewah dgn makanan. Sesetengahnya menggelar Kelantan syurga makanan.

Kami bertolak ke destinasi seterusnya. Sempat singgah di rumah Tok Guru Nik Aziz namun tok guru tiada. Kami hanya bergambar di luar tanpa dipedulikan oleh orang yang lalu-lalang. Mungkin dah terbiasa dengan keadaan itu. Solat Jumaat di masjid Jalan Hospital & bertandang ke rumah Rahman. Makan lagi, mee goreng pulak. Semasa sedang berborak dengan pak cik Fauzi, tak pasal-pasal ada babak jejak kasih. Tanya pak cik Fauzi, “ Sapa sini MCKK ?. Parent ke ?. ” Sekali Muhammad Udzair Izzat Amir bin Muhammad, si ruba’i mengaku daa. “ Ayah saya MCKK dulu. Skg umur 54 tahun. ”

Nak dijadikan cerita, bertautlah kembali persahabatan 2 rakan yang dah lama tak bertemu. Macam-macam hal. Pak cik Fauzi ayah Rahman, pak cik Muhammad ayah ruba’i. Bukan senang nak jumpa adegan camni. Dalam drama pun tak dak tau. Malu tersipu-sipu si ruba’i. Dah kenyang sambung jalan. Singgah sebentar di UM Nilam Puri. Pembina Kelantan terlibat dalam karnival anjuran UM. Bukak gerai pameran Palestin. Pastu gi Pengkalan Kubur pulak. Meme ukur jale abih ari nnie. Selesai ronda kat kawasan bebas cukai (tak murah mana pun), kami melabuhkan tirai petang di Pantai Seri 7 sambil minum menghadap Tak Bai. Angin sepoi-sepoi bahasa menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung semula ke situ. Mendamaikan jiwa sambil melihat kanak-kanak berlari riang. Di satu sudut, kaki pancing melepaskan gian walaupun belum tentu hasil yg akan diperolehi.

Kami di sini, Tumpat Kelantan. Di seberang sana Tak Bai. Merenung ke sana, baru kusedari Tak Bai yg pernah bergolak suatu ketika dulu dekat dgn Malaysia. Hanya dipisahkan muara sempit. Berenang pun boleh. Betul tak Dharma ? Setelah bergambar kenangan, kami bergegas ke Tadika Mawaddah kepunyaan Us Zaidi Muji di Wakaf Baru. Penerangan diberikan kepada kami berkenaan Tadika Mawaddah, pekerja, operasi & pelajaran. Pembina Kelantan juga tidak ketinggalan memberikan sepatah dua kata. Apalagi, ucapan berbaur riak keluar dari mulut wakilnya atas kemenangan pagi tadi. Pembina UIA PJ dah hilang belang. Katanya tinggal di Lembah Klang. Memang ayat bikin perang. Seterusnya pertemuan diserikan dgn ahli Pembina Kelantan lain yg memperkenalkan diri & berkongsi pengalaman dakwah & kerja.

Makan malam walaupun kami sebenarnya terlalu kenyang & letih. Nak buat macam mana. Inilah nasib jadi tetamu di Kelantan. Makan tak putus. Untuk makluman anda, makan pada malam itu disediakan untuk 50 orang sedangkan yg hadir cuma 20 orang. Dah jadi tetamu, dipaksa untuk menghabiskan yg ada. Tapi kami buat tak layan ja.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.