Saturday, 25 April 2009

Perihal Seorang Tukang Gunting


Ada seorang tukang gunting rambut di kawasan rumah saya. Kelulusannya tak tinggi, setakat SPM sahaja. Dia bekerja dgn tulang empat kerat mencari rezeki menyara keluarga. Bermula dgn gunting rambut di depan rumah, skg dia mampu berbangga kerana mempunyai kedai sendiri. Alhamdulillah, si tukang gunting ini punya kesedaran. Walaupun dgn hanya berbekalkan bakat menggunting rambut, dia mampu mengumpulkan sumbangan sekitar RM 200-300 sebulan daripada pelanggan yg datang ke kedainya untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.



Caranya mudah. Apabila selesai menggunting rambut, pelanggan akan membuat bayaran. Lantas tukang gunting itu pun berkata “ Biasa RM 4 tapi RM 1 kita derma untuk Palestin. Bolehkan ? ” Rata-rata pelanggan terus bersetuju tanpa banyak soal. Tak berkira kerana hanya RM 1. Wang seringgit berwarna biru terus dimasukkan ke dalam tabung yg telah tersedia dalam premis perniagaannya itu.

Teringat saya akan maksud sabda Nabi S.A.W : “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya apa yg dikasihi untuk dirinya sendiri. ” Sewajarnya kita mencontohi kesungguhan yg ada pada tukang gunting.

Wallahulmusta’an..

2 comments:

Komen anda amat dialu-alukan.