Thursday 7 January 2010

Catatan Perjalanan 1 : Perjalanan Ke Airport


Saya memulakan perjalanan ke Terminal LCC selepas menunaikan solat zohor. Dengan waktu berbaki 3 jam sebelum check-in, perasaan risau menyelubungi diri. Saya harus menaiki LRT ke KL Sentral & kemudian menyambung perjalanan dgn bas yg disediakan syarikat penerbangan. Sememangnya sangat kritikal. Saya tidak sanggup untuk kehilangan tiket ini selepas dua kali membuat transaksi pembelian. Tiket penerbangan yang pertama tidak digunakan memandangkan tarikh dialog yang dianjak oleh pihak penganjur. Namun mereka berjanji akan membayar separuh harga tiket itu.


Dialog Belia Islam Dunia Melayu anjuran Majlis Belia Brunei (MBB) dgn kerjasama Pusat Dakwah Islamiah (PDI) akan diadakan di Kolej Perguruan Ugama Bandar Segi Begawan pada 8-10 November 2009. Program ini akan menghimpunkan belia yang mewakili persatuan masing-masing dari Malaysia, Singapura, Indonesia & Brunei. Saya mewakili Persatuan Belia Islam Nasional ( PEMBINA ).


Perasaan bercampu-baur ketika saya melabuhkan diri ke tempat duduk dalam bas. Jam sudah pukul 3.20 ptg. Risau tapi seronok. “ Aku akan ke Brunei, haha ” kata saya dalam hati. Ketika itu hanya Allah tempat bergantung harap. Segala-galanya disandarkan kepada-Nya. Selepas pemeriksaan tiket bas, saya cuba menenangkan diri namun tidak berjaya. Jam digital di hadapan ditatap berkali-kali. “ Sempat ke tak ni. ” Begitulah lumrah manusia. Ingat Tuhan bila tengah sesak, susah. Mungkin ada hikmahnya Allah aturkan sebegini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya, amin.



Perjalanan melalui Maju Express Way dirasakan begitu lama. Saya mengisi masa dgn membaca Al-Ma’thurat & zikir. Sampai sahaja di hadapan terminal, saya berlari masuk mencari kaunter check-in ke Bandar Segi Begawan. Alhamdulillah, takdir telah menentukan saya akan terbang ke Borneo pada hari itu. Selesai urusan di kaunter, saya menunaikan solat Asar walaupun ianya ditegah oleh pegawai di kaunter, “ Sekarang dah pukul 5, flight 5.30. Tak sempat ” Saya hanya tersenyum & terus ke surau.


Penerbangan dari Terminal LCC ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan mengambil masa 2 jam 10 minit merentasi Laut China Selatan melalui Seremban & Pekan. Terfikir-fikir juga bagaimana keadaan Brunei Darussalam yang terkenal dengan limpahan kekayaan hasil buminya itu. Saya mengambil masa yang ada untuk berehat memandangkan keadaan pesawat yang sempit menyukarkan pergerakan ke sana ke mari.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.