Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Tuesday, 29 July 2008
Bagaimana Lagi Untukku.....
“ Ya Allah ya Tuhanku, aku tak mampu menunaikan amanah yang telah diberikan kepadaku, ” suara itu berdoa tersedu-sedu. “ Aku tak tahu bagaimana lagi caranya nak menggerakkan kawan-kawanku agar berbakti kepada agamamu. ” Sudah kukatakan, usaha tangga kejayaan. Lihatlah bagaimana orang lain berjaya melakar sejarah mereka sendiri. Ada yang sudah berpendapatan 2 juta sebulan. Ada yang dulu hanya tukang sapu, sekarang sudah memandu Mercedes mata belalang. Kawan sekelasku sekarang sudah bergelar tauke ikan yang kaya raya. Keretanya sudah 3 buah & sekarang dalam usaha membeli sebuah rumah. Tapi dulunya dia yang mengisi tempat tercorot dalam setiap peperiksaan. Nyata kerja kerasnya berhasil. Pernah kutanyakan kepadanya “ Apa rahsia kau ? ” Jawabnya ringkas “ Usaha sungguh-sungguh ”
Sungguh mudah rupanya. Hanya berusaha bersungguh-sungguh, segalanya mampu kita kecapi. Tapi aku hairan. Kenapa aku & kawan-kawan masih belum mampu walau tersenyum sedangkan kami bekerja atas nama agama. Ya, belum mampu tersenyum kerana berapa sangat usaha yang kami letakkan untuk melihat kejayaan itu. Kalau ada pun, mungkin 2-3 kerat ja yang bekerja sungguh-sungguh. Sementara yang lain tenggelam dengan labu-labinya. Tenggelam dengan dunianya yang entah akan menjamin kehidupan akhiratnya @ tidak. Kadang-kadang aku terasa sangat berat amanah yang kupikul ini. Aku juga punya kerjaya yang harus dipertahankan. Aku masih lagi bergelar pelajar yang inginkan kejayaan. Aku punya tugasan yang perlu disiapkan.
Tapi pada akhirnya, aku juga yang terkontang-kanting keseorangan bagai orang tanpa pedoman. Ahh, persetankan itu semua. Kenapa mesti aku fikirkan semua ini ?. Kenapa mesti aku gerakkan umat untuk perubahan sedangkan mereka pun tak peduli tentang diri mereka sendiri ?. Apa yang aku dapat dengan daya usahaku ini ?. Duitku habis, masaku hanya untuk orang lain. Apa yang tinggal untukku ?.
Ku selak-selak helaian Rahiqul Makhtum tanpa tujuan. Fikiranku kacau tatkala aku perlukan pencetus semangat. Aku tak mampu membaca walau satu patah perkataan yang ada di dalamnya. Deraian air mata tak dapat kutahan lagi. Hiba di hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tenggelam dalam genangan air mata ke dunia yang kuciptakan. Aku ciptakan agar menjadi bukti sewaktu aku mengadap Ilahi. “ Inilah yang mampu ku persembahkan pada-Mu wahai Tuhanku, Allah Yang Maha Esa. ” Dunia yang dijanjikan oleh rasul dalam sebuah hadithnya “ Sekiranya Allah mengurniakan hidayah pada seseorang dengan sebab kamu, maka lebih baik untukku dari dunia & segala isinya ” – Tabari –
Labels:
Cerpen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.