Monday, 28 July 2008

Gangguan Makhluk Halus

Sudah lama diri ini menanggung penderitaan itu. Entah bagaimana ujian ini bertandang dalam rutin kehidupan. Mungkin juga untuk menguji iman yang senipis kulit bawang. Lantaran itu kupasrahkan jua hati mengharungi dengan tabah walau kutahu bukan mudah menghadapinya. Sudah serata negeri kujelajahi mencari dukun & pawang yang boleh membantu. Kadang-kadang aku sendiri yang kurang yakin dengan bomoh yang kujumpa itu. “ Macam tak betul ja cara dia berubat nie, ” aku berkata dalam hati. Mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepadaku di luar sana masih banyak manusia yang mensyirikkanNya. Tapi aku masih dalam duniaku yang dibuai mimpi indah.

Sebetulnya sudah setengah tahun aku berhadapan masalah ini. Tak dapat dinafikan ia mengganggu prestasiku. Prestasi kerja, iman & belajar. Belajar menjadi manusia yang berguna untuk agama & orang lain. Walau sehandal mana cakap-cakap orang mengenai dukun itu, penyakitku ini tidak dapat diubatinya dengan izin Allah. Benar, Allah jua lah tempat aku bergantung. Aku tak kesah kalau ia menggangguku. Tapi aku jadik rimas & kadang kala terkejut dengan perbuatannya itu.

Setelah puas mencari asbab untukku pulih semula, maka aku mengambil keputusan. Penyakit itu dapat kuubati sendiri dengan nilai taqwa kepada Allah. Itulah pengakhiran pencarianku, ijtihad hati yang membawa kepada Ilahi.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.