Tuesday, 26 August 2008

Alahai, Susahnya Nak Kahwin



Hmmm…sejak akhir-akhir ni ramai jugak yang melawati blogku. Aku cuba merisik apakah sebabnya. Akhirnya jawapan yang kucari-cari sudah kutemui. Gara-gara artikel ‘Falsafah Perkahwinan Dalam Islam’ & ‘Nikah : Apa Persiapan Kita ?’, hits menjadi semakin bertambah. Ramai jugak yang cari pasal perkahwinan ni rupanya. Yang paling mengujakan aku, ada yang melayari blog ini dari Brunei & Singapura !. Semuanya tertumpu pada artikel berkaitan perkahwinan yang aku sebutkan tadi.


Aku berfikir sendirian. Kes rogol-bunuh, buang bayi, & bermacam lagi berita yang telah menjadi bukti kerendahan akhlak manusia disiarkan akhbar arus perdana. Masyarakat pun seolah telah ‘imun’ dengan berita-berita seperti ini. Macam dah tak kesah. Namun dalam keadaan umat Islam dilanda kebejatan akhlak & budi, masih ada yang mencari erti perkahwinan hakiki. Sungguh mengharukan. Semoga Allah membalas usaha kalian dengan mengurniakan keredhaan-Nya, amin.


Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud, “ Dan antara tanda-tanda kebesaran-Nya Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung & merasa tenteram kepadanya. Dan Dia menjadikan antaramu kasih sayang. Pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir. ” Sungguh, telah nyata kekuasaan Allah dalam ayat ini.


Kisah 1

Tahun lepas seorang kawanku yang sama-sama berjuang sewaktu zaman persekolahan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang bakal doktor. Sesuatu yang mesti aku kongsikan dengan teman-teman semua, mas kahwin @ mahar cuma RM 2007 !. Nilai mahar itu bersempena tahun perkahwinan mereka. Tiada hantaran @ duit belanja kenduri diminta oleh keluarga pengantin perempuan. Waduh-waduh, murah bangat !. Dengan bakal doktor pulak tue.


Kisah 2

Dalam bulan ini, seorang lagi kawanku telah bergelar suami. “ Nak tahu apa mahar kawen dia ?. Jangan terkejut. ” Cuma hafal satu surah dalam juz 29, dia telah bertukar status. Tak dak mahar ribu-ribu tau. Wah, yang ni lagi best !!.


Kisah 3

Seorang kawan pernah bercerita kepadaku. “ Sekarang ni susah betul nak kawen. Cikgu pon mahal nak mampos. Aku tanya kawan aku yang belajar kat maktab, berapa nak letak mas kahwin. Dia jawab RM 10 k. Baik aku beli kereta @ rumah. Kawen dah la mahai. Nak kena bagi makan pulak tue. Abeh duit lagi. ” Aku cuma tertawa mendengar keluhannya. Lantas aku menjawab, “ Nanti kawen aku abeh 3000 ja. Jangan terkejut. ” “ Jangan dok mimpi la wei !, ” dia membalas.


Benar, perkahwinan adalah penyelesaian kepada separuh masalah sosial yang ada hari ini. Tapi dek kerana kos perkahwinan yang melambung tinggi, ramai muslim yang membatalkan saja hasrat mereka. Cuba kita tengok checklist dalam artikel ‘ Nikah : Apa Persiapan Kita ?. Agak-agak berapa yang kita kena belanjakan semata-mata menjadikan majlis raja sehari itu grand.


Amacam kawan. Dah tengok belum ?. Kalau checklist pon dah 4 muka, aku pon tak tentu kawen 3 tahun lepas grade. Starting dalam 2500-3000. Tapi tak kan dapat simpan semua kan ?. Sewa rumah, makan minum, minyak & ansuran kereta lagi. Kena la ada kereta kan. Tak nak bawak anak orang naik motor ja. Paling tinggi leh simpan 1000. 3 tahun ada 36 000. Tapi kahwin punya pasal, duit 3 tahun simpan lesap gitu ja. Belum kira duit masuk rumah lagi. Nak beli dapur, gas, perkakas masak, peti sejuk & mesin basuh. Almari lagi (pakai almari plastik sudah). Botak kepala oooo. Kerana adat masyarakat, perkahwinan yang pada asalnya menyempurnakan separuh daripada iman akhirnya jadi susah. Susah dengan pelbagai kerenah yang tak masuk akal & membawa kepada haram. Mana tak haramnya, berlebih-lebihan sampai tahap membazir !!.


Dalam masyarakat kisah 1 & 2 jarang kita jumpa. Banyaknya macam kisah 3. Ibu bapa pakat letak mahar yang tinggi. Macam ada satu persaingan supaya masing-masing dapat mendabik dada.“ Tengok, anak aku kawen 10000. Anak kau berapa ja ?. ” Menurut 1 kajian, purata wanita Malaysia berkahwin pada umur 26 tahun & 28 tahun bagi lelaki. Sedangkan ada ulama’ berpendapat umur untuk seseorang berkahwin adalah 7 tahun selepas akil baligh. Lelaki biasanya akan akil baligh pada usia 13-15 tahun. Kalau 15 tahun, bermakna pada usia 22 tahun dah kena kahwin. Perempuan lagi la awal kan ?. Kira sendiri berapa umur yang sesuai. Tapi kerana adat resam & amalan masyarakat, kahwin jadi susah.


Nabi S.A.W ada bersabda : “ Sebaik-baik wanita itu murah maharnya. ” Kalau bukan kita yang mulakan dulu macam kisah 1 & 2, siapa lagi. Dalam dunia langit terbuka perkara yang haram orang boleh pakat buat serentak 1 dunia, tak kan kita nak buat perkara yang baik pun takut-takut & segan lagi !. Segan-segan balik bagan. Dulu kat kampung aku ada satu adat yang tak dak siapa pun berani langgar, bentara. Asal kenduri kahwin ja mesti kena makan hidang. Buffet jangan harap la. Sapa berani buat memang kecoh satu kampung. Malu kot !. Hujung tahun lepas jiran aku kenduri selamber jer buat buffet. Mula-mula memang panas telinga tapi lepas tu sorang lagi buat. Tak lama ada lagi yang tiru. Sekarang ni kenduri kat masjid pun buffet. Moralnya, kena ada yang berani buat perubahan. Benda yang baik orang akan ikut jugak akhirnya.


Jadi sahabat & pembaca sekalian. Kita kena ambil sikap & buat perubahan. Mudahkan orang muda mendirikan rumah tangga. Kalau perkara yang halal ni kita susahkan, mereka akan cari alternatif lain. Semestinya alternatif itu haram kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara yang halal. Bagi bakal pengantin perempuan terutamanya, runding, pujuk & cakap elok-elok dengan mak ayah. Ingatkan mereka tentang tujuan sebenar perkahwinan. Kalau kita berani buat perubahan ini, percayalah ia akan menjadi ikutan. Secara tak langsung kita akan termasuk dalam golongan yang Nabi sebutkan “ Barangsiapa yang memulakan suatu sunnah yang baik maka pahala baginya, & pahala orang yang mengikutinya. Dan pahala orang mengikuti akan sampai kepada orang yang memulakan tanpa mengurangkannya sedikit pun. ” -Au kama qal-

3 comments:

  1. susahnya kalau adat mengetepikan agama.

    kan bagus kalau dipermudahkan.

    kerana status seorang suami/isteri suatu amanah yang berat.

    namun dari terus membiarkan bahaya demoralisasi terus berterusan, hakikatya nikah sesama insan mestilah dipermudahkan.

    buka minda. jangan menyukarkan apa yang mudah.

    kesimpulannya, kita berpegang kepada teori LCLB.

    'Lagi Cepat Lagi Bagus' heheh.

    wassalam.

    ReplyDelete
  2. kawin??? gerun aku dgr..
    mcm2 dlm kelapa ni..
    walau pun wanita x byk kuarkan duit tp..
    aku kesiankan kekasih ati ku..
    gaji x seberapa...keje pun biasa2 jer
    dek kerana tak nak bebankan dia..
    aku penah cadangkan supaya kami kawin x payah letak hantaran tinggi2
    yang penting akad...
    aku cuma minta senaskah al quran jer...
    dah nak kawin sgt tp budget x cukup
    aku pun fikir demi kepentingan bersama.
    kadang2 belanja kawin @ mas kawin tinggi ni membuatkan kaum lelaki sakit kepala mana nak cari duit..

    ReplyDelete
  3. BETUL TU . . .KITA NK WAT BENDA HALAL . . . TAK YAH LAH NK MERUMITKN KEADAAN . . .KASIAN PHK LELAKI . . .

    ReplyDelete

Komen anda amat dialu-alukan.