Wednesday, 27 August 2008

Bijak Yang Tiada Hikmah


Satu hari aku termenung sendirian memikirkan pelajaranku yang makin terumbang-ambing. Aku baru bergaduh dengan seorang group member sebab katanya perbincangan kumpulan malam ni. Tapi setahu aku Jumaat lepas & aku tak dapat hadir. Hal itu sudah kumaklumkan & mereka berjanji akan sms tugasan untukkku. Semakin dalam aku memikir, semakin jauh aku mengelamun. “ Ish, panjang jugak aku mengelamun. Kalau tulis dalam blog pun okay, ” bisikku sendirian.


Dalam dunia ni ramai orang yang bijak pandai. Ada yang dapat 4.0. Ada jugak yang meningkat cgpa setiap kali peperiksaan. Ada ramai orang bijak sampai sesetengah scholar yang ditawarkan, kadang-kadang kita pun tak pernah dengar. Umpama sebilang-bilang pasir di bumi. Begitulah kiranya. Untung jadi orang pandai ni. Semua nak kawan dengan dia, apatah lagi yang berlainan jantina. Harapan banyak orang tergalas di bahunya. Kira jadi public figure dalam kelompok masyarakat dia lah !.


Hmmm..imbas balik masa zaman sekolah dulu. Aku juga termasuk kalangan yang disebutkan di atas. Jangan terkejut kalau dari darjah 2 sampai tingkatan 3, akulah orang yang mengungguli tempat pertama dalam kelas & keseluruhan darjah @ tingkatan setiap kali peperiksaan. Waktu tue dunia ni indah belaka. Semua orang puji, depan ja la. Belakang boleh tahan kena kutuk. Aku tau jugak cerita-cerita kat belakang tapi malas amik pusing. Dah nama manusia, mesti ada jugak sifat kemanusiaannya kan ?. Cemburu, marah, tak bertimbang rasa & lain2 lagi.


Aku berpindah sekolah waktu masuk tingkatan 4. Yang bestnya, aku masuk pada 25.2, setelah 2 bulan rakan sebayaku yang lain bersekolah. Cuti 2 bulan memang best !. Tambah pulak baru lepas PMR. Honeymoon sampai ke bintang. Hari pertama masuk sekolah baru dah kena marah dengan PK Hem.“ Kamu semua masuk sini dengan muka gajah, jangan nanti keluar pintu sekolah dengan muka tikus !. Masuk dengan PMR 7A! 8A! 9A! keluar mesti sekurang-kurangnya 6A!. ” Lepas tue baru aku tau PK Hem ni memang suka cakap kuat-kuat, sekuat badannya.


Kebetulan minggu aku masuk adalah minggu ujian bulanan. Dengan tak tahu apa-apa pasal subjek, masuk kelas kena jawab test. Dah la sebelum tue cuti hampir 4 bulan campur lepas PMR. Kalah cuti bersalin. Memang confirm buku tinggal terus. Minggu berikutnya dapat balik kertas ujian. Seperti yang aku jangkakan markah tak macam selalu dapat, 80 ke atas. Markah subjek sains rata2 bawah 50. Paling tinggi Bahasa Arab 75, among the highest in my form. Bangga pun ada tapi tak puas hati. Paling teruk Lukisan Kejuruteraan, dapat 2/100 sebab ada jugak garisan atas kertas soalan.


Pertengahan minggu ada sukan sekolah & daerah. Sekolah aku jadi tuan rumah & banyak murid tingkatan 4 terlibat sebagai pembantu padang. Atas inisiatif guru tingkatan, semua murid baru & yang bermasalah dikumpulkan. Kami diberikan kelas intensif untuk semua 12 subjek yang diambil. Memang pening jugak nak catch up silibus untuk kesemua 12 subjek yang dah diajar 2 bulan. Setiap subjek diperuntukkan 2 jam.


Selesai kelas murid-murid akan bersolat zohor di surau. Kemudian makan tengah hari di dewan makan & berehat seketika. Tapi rehatku selalu lama. Terlajak sampai menjelang asar. Sekarang baru aku sedari amalan itu yang menyebabkan berat badanku naik mendadak. Dalam masa 2 tahun naik 15 kg !. Memang berat. Berat mata memandang berat lagi berat badan. Orang lain masuk sekolah asrama turun berat, tapi beratku naik. Hairan bin ajaib. Pernah mak andak menegur, “ Tengok makin besaq lepas masuk sekolah asrama ni. Hati senang kot. ” Begitulah lebih kurang kata-katanya dalam loghat Kedah yang pekat sewaktu Aidil Fitri.


Waktu menginjak perlahan memasuki bulan 4. Namun aku masih tak tentu arah dengan subjek yang banyak. “ Peperiksaan pertengahan tahun tinggal sebulan setengah ja lagi. Aku masih lintang-pukang. Biasanya waktu gini aku dah mula study, ” fikirku sendirian di atas katil pada suatu malam. Hmmmm…biasanya emak la yang push, marah & sebagainya. Tapi sejak masuk sekolah asrama semua kena buat sendiri. Study pun sendiri. Hai, malam tue aku terkenangkan mak di rumah sampai tak sedar mata tertutup rapat. Aku beralih ke dimensi lain, lena dibuai mimpi.


Sedar tak sedar peperiksaan pertengahan tahun dah pun depan mata. Jujur aku katakan, itulah kali pertama aku jawab peperiksaan dengan rasa yang tak tenang. Tak tenang sebab banyak benda aku tak tahu. Selalunya cuma 2-3 soklan objektif. Tapi kali ni memang banyak. Habis satu kertas, aku cuba menumpukan perhatian pada kertas berikutnya. Tapi dek kerana banyak benda perlu dicover, aku lebih banyak lena daripada mengulangkaji.


Selesai peperiksaan, aku pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Aku tak memberikan yang terbaik. Dalam kotak fikiran, aku tahu aku akan kantoi exam kali ni. Itulah kali pertama aku berasa demikian. Sebelum nie, paling tidak aku yakin 75 % markah dalam tangan & aku jarang mendapat bawah 80%. Waktu cuti yang ada aku manfaatkan sebaiknya. Kuhadiri kelas-kelas tambahan untuk memantapkan ilmu & kembali pada prestasi biasa. Agak beruntung kerana aku berpeluang belajar topik yang belum dipelajari di sekolah. 6 subjek dapat kukuasai setelah 2 minggu bercuti. Aku bertambah yakin untuk kembali ke sekolah.


Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, sepucuk surat sampai ke rumah. Nama ayahku tertera di atas sampul. Aku sedikit kehairanan kerana ada logo sekolah pada sampul itu. “ Sabtu nie kena pergi sekolah ambil report card, ” kata ayahku selamba. Jantungku berdegup kencang sambil fikiran memutar seusai peperiksaan yang lalu.


Bersambung…..

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.