Alhamdulillah beberapa hari sebelum menjelang ramadhan Pembina PJ telah mengadakan jaulah ke utara dengan tema ‘ Explorasi Mencari Diri ’. Walau bagaimanapun atas cadangan jaulah ini telah ditukar kepada Jaulah Bola secara tak rasmi. Ini kerana mereka telah mengadakan 2 perlawanan persahabatan bola sepak & 1 perlawanan futsal sepanjang jaulah mereka dalam masa 24 jam !. Sesuatu yang sungguh luar biasa. Mungkin training siap-siap untuk karnival sukan tahun depan.
Jaulah disertai 14 ikhwah termasuk dari CFS IIUM PJ, UM & IIUM Gombak. Perjalanan dimulakan pada malam 29.8 ke Kedah. Sesudah subuh, Dr. Ridwan memberikan tazkirah mengenai peri pentingnya membina kekuatan pada diri individu muslim. Pertama, seseorang itu hendaklah mempunyai kekuatan aqidah. Tanpa aqidah yang sejahtera tak mungkin kita sebagai pendokong dakwah mampu berjalan lurus atas muka bumi Allah. Tatkala aqidah sudah mantap, ukhuwah pula harus dititikberatkan. Kemudian kami semua bersarapan & bertolak ke UUM Sintok.
Perlawanan persahabatan bola sepak diadakan antara Pembina PJ & Pembina UUM. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi serta tidak mahu mengalah. Separuh masa pertama menyaksikan Pembina UUM mendahului dengan 2-0. Perlawanan diteruskan pada separuh masa kedua walaupun matahari sudah mula meninggi. Ada iras keletihan di wajah pasukan yang bertandang. Namun atas semangat kesukanan yang ditunjukkan, Pembina PJ berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan. Perlawanan berkesudahan 2-2.
Tazkirah diberikan oleh Saudara Muntaziri seusai perlawanan. Beliau menitikberatkan soal berkenalan sesama muslim dalam rangka membina ukhuwah & kesefahaman. Selepas itu ahli rombongan bersiap untuk makan tengah hari di rumah Us Yahya. Soalan kuiz diedarkan kepada peserta jaulah. Dalam keletihan kami mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Us Ya. Penekanan diberikan kepada soal akhlak sebagai da’i. Dalam erti kata yang lain, da’i @ duta Islam seharusnya memiliki akhlak yang baik & mampu menjadi contoh kepada orang lain.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Kami yang sedang kelaparan & keletihan dihidangkan dengan juadah tengah hari yang menyelerakan, nasi + ayam golek. Alhamdulillah, syukur pada Allah & terima kasih pada Us Ya. Perjalanan diteruskan ke Pulau Pinang.
Sekolah Tahfiz Al-Islah ( STAIL ) menjadi destinasi kami petang itu. Selesai solat Zohor & Asar berjemaah, kami bersama dalam sesi ringkas Pembina Pulau Pinang. Selesai minum petang, kami berangkat ke Safari Club yang terletak di Seberang Perai. Petang itu satu perlawanan futsal persahabatan dijadualkan antara Pembina PJ & Pembina Pulau Pinang. Masing-masing mempamerkan skill yang menarik untuk tatapan umum.
Usai perlawanan, khidmat diri & makan malam. Selepas solat, kami berangkat ke Ipoh. Perjalanan yang memakan masa 2 jam dirasakan begitu lama dek keletihan yang amat sangat. Kami bermalam di Ipoh dalam kepenatan & sengal-sengal otot. Esok satu lagi perlawanan menanti.
Pagi itu sesudah solat subuh Ustaz Muhammad memberikan tazkirah. Isi tazkirah tersebut menyentuh mengenai ketabahan & kesungguhan seorang pendakwah bernama Hasan Ulwan. Tazkirah diakhiri dengan kisah Abu Ayub Al-Ansari memperbetulkan pemahaman umat Islam sekitar ayat 195 Surah Al-Baqarah. Kemudian masing-masing bergerak ke padang untuk perlawanan persahabatan.
Pembina PJ vs Pembina Ipoh. Perlawanan yang menyaksikan peningkatan persefahaman dalam pasukan Pembina PJ. Perlawanan yang sengit dengan aksi berbalas serangan. Sungguh melelahkan dengan saiz padang yg memanjang. Perlawanan pagi itu diakhiri dengan sesi suai kenal sesama pemain & tazkirah ringkas oleh Ustaz Shahruzaman. Dalam tazkirah tersebut, beliau menyeru kepada semua yang hadir supaya berusaha menjadi yang terbaik. Sekiranya tidak mampu, buatlah sehabis baik.
Kemudian kami bersarapan & bersiap untuk pulang ke ibu kota. Sesungguhnya jaulah pada kali ini meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami yang menyertainya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.