Sunday, 28 December 2008

Da'i Part Time


Kerja part time nie biasanya kita akan buat selepas kerja asasi selesai. Kalau kerja asasi belajar, selesai study kita akan isikan masa terluang dgn tengok movie. Sekarang nie Prison Break & Heroes merupakan drama bersiri yang popular di kalangan belia. Bagi yg bekerja, mungkin lepak dgn rakan-rakan selepas waktu pejabat. Ada jugak yg buat MLM & sebagainya. Paling tidak pun, lepas solat maghrib tukar kain pelekat & terus tidur. Itu kerja asasi kedua. Belum kira makan, holiday & ejoy. Kerja part time nie bergantung pada individu, minat & kecenderungan.


Bagi mereka yg terlibat dgn gerakan Islam dakwah adalah kerja part time. Agenda pertama pada waktu pagi setelah solat subuh & membaca Al-Quran tak lain tak bukan bersiap ke pejabat. Selesai kerja-kerja pejabat, jasad diwakafkan pula untuk dakwah. Lepas office hour mula fikir nak ke meeting, usrah & katibah. Belum sempat lelah seharian bekerja dilepaskan, minda dikerah untuk terus berfungsi. Itu antara realiti yg berlaku di sekeliling kita.


Bila fikir-fikir balik seronok jadi pelajar. Tak perlu fikir pasal keluarga, duit & hal-hal lain. Mereka tiada tanggungjawab. Tak juga perlu pastikan anak tidur agar masa selebihnya dapat digunakan untuk siapkan assignment. Tak payah fikir sangat soal bajet masa minyak harga naik tempoh hari. Sumber pendapatan tentunya PTPTN & biasiswa. Kalau tak cukup sekadar miskol @ sms ibu bapa di rumah. Selang beberapa hari duit akan berada dalam akaun. Bagi yg dapat biasiswa, mereka sebenarnya dibayar untuk belajar. Cuma setiap perkara mesti ada harganya. Soal kontrak, hal lain.

Dgn keadaan itu, ada pelajar yg menyertai persatuan berorientasikan Islam. Maka mereka menjadikan dakwah sebagai kerja part time. Waktu terluang diisi dgn perkara berfaedah. Setidak-tidaknya mereka tidak terlibat dgn kegiatan sosial. Tahniah kepada mereka yg memilih jalan seperti itu. Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada persatuan-persatuan sebegini. Banyak cara kerajaan boleh zahirkan rasa terima kasih itu. Tambahkan bantuan yg disalurkan & bagi insentif2 lain. Sekadar cadangan.


Namun malangnya ada yg sekadar bertindak sebagai penumpang. Join persatuan supaya dapat kenal ramai org & bina networking. “ Senang nak buat bisnes nanti. ” Udahnya persatuan tak mampu dipacu lebih jauh sebab kena selesaikan masalah dalaman & ahli. Amal tak ke mana & ahli pun hanya melaksanakan rutin tertentu bagi memenuhi jadual mingguan. Tak lebih sekadar ritual. Anjakan paradigma tak dapat dilakukan. Pi mai pi mai tang tue jugak.



Hal ini berterusan & akhirnya agenda persatuan hanya didokong oleh beberapa orang. Ketika mana persatuan memperolehi kejayaan, dia datang & mengaku sebahagian daripada mereka. Kala persatuan dalam keadaan kritikal, dia pergi & membiarkan persatuan terkontang-kanting. “ Alah, biarkan aja beberapa orang di sana selesaikan masalah itu. Dah selesai nanti kita tunjuk muka balik. Kalau keputusan tue tak tepat, itu la chance kita balun depa. Ada modal nak kutuk. ”


Kita kena ingat syurga belum diswastakan lagi. Walaupun persatuan yg kita join merupakan yg terunggul, hakikatnya kita akan mengadap Allah dalam keadaan sendirian. Hanya amal yg dapat kita persembahkan dihadapan-Nya. Kalau tiada amal, nak tunjuk apa ?. Allah tak kan tanya “Persatuan apa yg kau join kat dunia ?”. Tapi Allah akan tanya “ Apa yg kau bawa ?. ” Renung-renungkan..

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.