Agak lewat saya menggarap isu Gaza-Palestin. Pastinya anda sudah mendapat maklumat terkini melalui media massa. Berapa yg terbunuh hari ini ?. Berapa pula yg cedera ?. Berapa tan bom digugurkan Israel ?. Soalan lazim yg wujud di minda kebelakangan ini. Kita bisa menjawabnya sambil makan kacang. Sungguh kita telah hilang perikemanusiaan & erti persaudaraan sesama muslim !!. Na’uzubillah.
Ada sebab mengapa isu ini lewat saya santuni. Sebelum menulis terlebih dahulu saya flash back apa yg telah saya lakukan. Berikut adalah fakta yg ingin saya kongsikan. Saya telah boikot produk makanan segera seperti KFC, A&W & McDonald selama 8 tahun !. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya. Saya juga yakin anda telah melakukan perkara yg sama.
Lantaran kempen boikot barangan Amerika & Israel, ada yg berkata, “ Boikot hanya berkesan sekiranya semua pihak terlibat. Ia perlu dilakukan secara terancang & berterusan. ” Tidak dinafikan ada kebenaran pada kenyataan itu. Akan tetapi mari kita lihat yg ini pula. Setahun ada 12 bulan. Saya telah boikot selama 8 tahun, bermakna 96 bulan. Sebelum ini menjadi amalan saya berkunjung ke restoran makanan segera sebulan sekali bersama keluarga @ pun rakan. Katakan kita belanja RM 50 pada setiap kunjungan & restoran mendapat untung sekitar RM 10. RM 10 x 96 bulan = RM 960. Bermakna saya telah kurangkan untung restoran makanan segera sebanyak RM 960 dalam masa 8 tahun !. Bayangkan 1000 orang berbuat seperti saya. Bagaimana dengan 10 000 ?. 100 000 ?.
Jangan kita lupa umat Islam mewakili 26 % populasi dunia. Dgn kuasa beli yg tinggi kita mampu melakukan sesuatu. Lihat saja apa yg berlaku pada Danish produk, produk tenusu keluaran Denmark selepas pelancaran boikot atas karikatur menghina nabi. Kerugian harian berjumlah jutaan euro. Kita mampu melakukan sesuatu !. Mahu @ tak mahu aja.
Tepuk dada tanya iman. Masih belum terlambat kita berusaha memulakannya. Bila nak mulakan?. Jawapannya sekarang !. Bersiar-siar dgn keluarga pada hari ini. Sesampainya di hadapan restoran makanan segera anak berkata pada ayahnya, “ Ayah jom makan KFC. ” Dengan senyuman penuh makna si ayah bercangkung & berkata sambil memegang bahu anaknya, “ Bukan tak boleh makan tapi kita kena boikot. ” “ Kenapa ayah ? ” tanya anak kehairanan. “ Sebab dia bunuh saudara kita di Palestin. ”
Percayalah saudara sekalian, kanak-kanak lebih mudah mempraktikkan sesuatu yg kita ajarkan kepada mereka. Suatu hari saya berkunjung ke sebuah pasaraya dgn adik bongsu yg berumur 9 tahun. Ketika tangan mencapai sekotak teh jenama terkemuka, adik saya berkata “ Tak boleh beli nie. Produk Belanda. Kita beli yg lain. ” Di segmen makanan dia berkata pula, “ Sebelum beli kena tengok dulu ada tanda halal @ tak. ”
Alhamdulillah saya telah, sedang & akan terus memboikot produk berkaitan Amerika & Israel selagi termampu. Anda bagaimana ?.
No comments:
Post a Comment
Komen anda amat dialu-alukan.