Monday 9 February 2009

Ceramah Palestin Jalan 7/3



Dia' sedang menyampaikan ceramah


Pada malam tadi aku berkesempatan memeriahkan ceramah Palestin yg diadakan di Bangi, Jalan 7/3. Aku ditugaskan membawa 2 ahli AFS warganegara Palestin ke sana, Dia’ & Muhammad. Mereka dijemput untuk berkongsi cerita mengenai negeri kiblat pertama umat Islam. Kami bertolak selepas solat maghrib & tiba di sana ketika azan isya’ sedang berkumandang. On time kata penganjur. Ceramah dijadualkan bermula selepas solat isya’.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi diikuti ceramah selama 30 minit oleh saudara Dia’. Beliau yg berasal dari Hebron menceritakan penderitaan yg dialami saudara kita di Palestin semasa beliau masih tinggal di sana. Alhamdulillah sekarang beliau telah menamatkan pelajaran dalam bidang sarjana muda kejuruteraan komunikasi & akan menyambung ke peringkat sarjana tidak lama lagi.

Menyorot kembali kenangan di tanah kelahiran, Dia’ menceritakan bagaimana dia & rakan-rakan ditahan ketika dalam perjalanan ke sekolah. Kebetulan pada hari itu mereka bakal menduduki peperiksaan akhir sekolah tinggi. Namun atas kebiadaban Israel, mereka ditahan tanpa sebab & dikurung di dalam sangkar serta diletakkan di tengah panas. Betapa tidak berperikemanusiaan Israel !.

Dia’ juga berkata, dalam seminggu kerete kebal Israel akan memasuki bandar di mana dia bersama keluarga tinggal. ‘ Kereta kebal sangat besar & berat. Apabila ai memasuki bandar melalui lorong-lorong di sebelah rumah kami, segala peralatan rumah akan bergegar seolah-olah berlaku gempa bumi. Bayangkan betapa besarnya kereta kebal itu. ’ Tambahnya lagi, ‘ Dalam seminggu askar Israel akan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah penduduk sekitar. Di tempat saya tiada rumah yg elok keadaannya seperti di Malaysia. Tingkap tiada & dinding berlubang akibat kesan tembakan. ’

Cerita yg paling menyayat hati ‘ Saya mempunyai kawan yg kehilangan 10 anggota keluarganya. Saya sendiri kehilangan adik lelaki yg ditembak askar Israel ketika membeli barang keperluan di pasar tani. Bayangkan keluasan Tebing Barat sebesar Kuala Lumpur mempunyai 6 300 check point. Ini sangat menyukarkan kami untuk bergerak ke mana-mana. Perjalanan ke bandar berdekatan dalam lingkungan 35 km mengambil masa 3 hari. Di Malaysia cuma setengah jam. ’

Di akhir ceramahnya Dia’ berpesan ‘ Menjadi tanggungjawab semua untuk menyampaikan segala yg kita tahu mengenai Palestin kepada masyarakat, kepada rakan sekerja, kepada jiran & kepada ahli keluarga. Pastikan anak-anak kita membesar dengan mengambil tahu berkenaan Palestin. Ini penting kerana Palestin memerlukan sokongan berterusan daripada anda semua. Titipkan doa setiap kali selepas anda menunaikan solat walaupun doa itu hanya setengah minit. Tidak kita ketahui doa mana yg akan dimakbulkan Allah. Justeru jangan putus-putus meminta kepada Allah menyelamatkan Palestin. ’

Wakil pihak surau jalan 7/3 menyampaikan sumbangan kepada wakil Aman Palestin, Mejar Nazri


Majlis beralih kepada Mejar Nazri Munsman yg merupakan sukarelawan Aman Palestin yg aktif berceramah ke seluruh negara. Beliau menyampaikan tajuk ‘ Palestin Bumi Perjuangan Berdasarkan Quran & Hadith. ’ Anda boleh mendapatkan slide tersebut dengan menghubungi saya melalui emel. Dalam ceramahnya, Mejar Nazri menunjukkan video bantuan kemanusiaan berupa air bersih & ubat-ubatan yg disampaikan oleh Aman Palestin kepada penduduk Gaza selepas serangan selama 22 hari. Sumbangan bernilai RM 800 000 daripada rakyat Malaysia selamat tiba di sana. Majlis disudahi dengan penyampaian kutipan derma sebanyak RM 2 000 kepada Aman Palestin oleh pengerusi surau Jalan 7/3 sebelum jamuan makan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.