Saturday, 25 April 2009

Perihal Seorang Tukang Gunting


Ada seorang tukang gunting rambut di kawasan rumah saya. Kelulusannya tak tinggi, setakat SPM sahaja. Dia bekerja dgn tulang empat kerat mencari rezeki menyara keluarga. Bermula dgn gunting rambut di depan rumah, skg dia mampu berbangga kerana mempunyai kedai sendiri. Alhamdulillah, si tukang gunting ini punya kesedaran. Walaupun dgn hanya berbekalkan bakat menggunting rambut, dia mampu mengumpulkan sumbangan sekitar RM 200-300 sebulan daripada pelanggan yg datang ke kedainya untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.



Caranya mudah. Apabila selesai menggunting rambut, pelanggan akan membuat bayaran. Lantas tukang gunting itu pun berkata “ Biasa RM 4 tapi RM 1 kita derma untuk Palestin. Bolehkan ? ” Rata-rata pelanggan terus bersetuju tanpa banyak soal. Tak berkira kerana hanya RM 1. Wang seringgit berwarna biru terus dimasukkan ke dalam tabung yg telah tersedia dalam premis perniagaannya itu.

Teringat saya akan maksud sabda Nabi S.A.W : “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya apa yg dikasihi untuk dirinya sendiri. ” Sewajarnya kita mencontohi kesungguhan yg ada pada tukang gunting.

Wallahulmusta’an..

Wednesday, 22 April 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis



KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS

Anjuran Bersama :

AMAN PALESTIN BERHAD

&

PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL

(PEMBINA)

9 MEI 2009

8 pagi – 5 petang

Dewan Merdeka

Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC


Jom daftar sekarang! Sebelum 3 000 tempat duduk penuh

Cara 1 : Tel 03 8926 7019 Nyatakan penyertaan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 2 : Fax 03 8925 9963 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 3 : Email kbaz2009@yahoo. com Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Cara 4 : Sms 019 607 7372 Nyatakan KBAZ, Nama Penuh dan No IC

Bayar masuk RM10 semasa hadir

Layari : www.kbaz.net

Tuesday, 21 April 2009

Berakhirnya Agenda Zionis ?.



Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul: Apakah itu agenda zionis? Benarkah agenda zionis telah berakhir? Bagaimanakah ia berakhir? Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Tema “Berakhirnya Agenda Zionis” sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri. Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati. Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya.


Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis.. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru. Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya. Benarkah zionis telah hampir berjaya? Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.


Mengembalikan Izzah Umat


Perbicaaran isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia. Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam. Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan. Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya..


Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila “bercakapnya pokok-pokon dan batu-batu”. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini. Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan. Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas.

Mencabar Zionis di Medan Mereka


Mencanangkan “Berakhirnya Agenda Zionis” merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda. Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mereka mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel. Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi.


Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja diperbesar-besarkan . Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel. Agenda Zionis akan berakhir!


Cahaya di Hujung Terowong

Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula, Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita. Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.

Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.


Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ”Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab” menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman. Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya. Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.

Inilah Jihad Kita

Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam. Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka. Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.
Jihad kita baru sahaja bermula!

Ayuh bersama-sama dengan PEMBINA dalam jihad ini!

Oleh : Zaizul Azizi Bin Zaman
Ketua Biro Latihan PEMBINA

Wednesday, 1 April 2009

KPT : Hari Pertama

Setelah mengembara ke utara tanah air pada suku keempat tahun lepas, maka pada kali ini kami memilih pantai timur sebagai destinasi seterusnya. Dengan tema Bersama Memperkasa Jatidiri Belia, Kembara Pantai Timur ( KPT ) memulakan perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu ( KB ) pada petang khamis 5 Mac yang lalu. Kami bertolak pada pukul 6.40 petang dengan menaiki 2 buah avanza. Sememangnya pada setiap kali kembara edisi kenderaan Toyota digunakan. Kami mengalu-alukan kerjasama Toyota & Pembina pada kembara akan datang. Mungkin Toyota akan beri kebenaran Pembina pandu uji model terbaru di pasaran. Toyota sediakan kereta, Pembina pandu uji satu Malaysia.

Kembara kali ini disertai 11 pelajar Pusat Asasi UIA PJ & 2 orang pengiring daripada Pembina Kuala Lumpur. Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti untuk solat di Gua Musang. Bergambar kenangan setelah selesai menunaikan kewajipan. Belum sempat kenderaan berada di laluan utama KB, pemandu kedua dah langgar tiang elektrik. Tak nampak masa mengundur tadi, katanya. Alhamdulillah cuma lampu kiri belakang yg pecah. Tiada kesan major pada avanza yang boleh menghalang perjalanan. Selang beberapa ketika hujan turun menyebabkan pemanduan sedikit perlahan.

Tiba di KB pada 1.20 pagi & mengisi petrol. Nasib baik hujan. Kalau tak mau mengaum Dharma tibai Avanza Us Omar. Ramai orang cakap dia memang laju. Cuba anda bayangkan, avanza hanya menggunakan sekitar RM 40-50 minyak KL-KB. Sungguh menjimatkan. Us Hadi menjemput kami di Ketereh & mengepalai ke Peringat. Dalam perjalanan ke sana, kami sempat melihat aksi anak muda yang bersiap sedia untuk berlumba. Meriah jugak malam Jumaat kat KB. Bukan setakat mat-mat motor, kereta pun amik port. Di satu tempat polis sudah melakukan serbuan. Kita tinggalkan mereka dengan labu-labunya. Mata yang sudah mengantok harus diberikan hak yang sewajarnya. Kami bermalam di surau Kg Gunung. Oleh kerana bermalam di surau, maka kami adakan jadual sentri. Khuatir terlelap sampai waktu subuh. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan, 2 orang setiap kumpulan & dikehendaki menghabiskan tadarus 1 juzuk dgn 30 minit masa berjaga.

Pagi Jumaat dimulakan dengan qiyam fardi & solat subuh. Sesudah itu sesi tazkirah oleh Us Osman yang menyentuh tentang peranan pemuda. Us Hadi mengambil alih lalu mengajar nasyid katibah kepada kami. Teringat semasa menyanyikan nasyid ini di bangku sekolah dulu. Rancak Muslim & Muntaziri ikut sama sebagai suara latar. Sudah pasti dalam kesibukan ke sana ke mari, jiwa perlu diisi dgn amal & alunan nasyid yg menghidupkan iman kepada Allah. Selesai santapan rohani, sarapan pagi menghiasi agenda sebelum perlawanan bola sepak persahabatan dengan Pembina Kelantan. Makan nasi kerabu pagi tue. Dua bungkus sorang. Kami mengesyaki itu adalah strategi Kelantan untuk menang mudah. Perlawanan akan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Peringat. Sekiranya seri 2 kali & menang sekali di kembara utara, KPT menyaksikan kami tumpas kepada Kelantan 4-1. Apa boleh buat, team Kelantan import 2 pemain kami, bocor strategi.

Sepak mula diambil oleh Pembina Kelantan setelah taaruf ringkas di tengah padang. Atas dasar ukhuwah kami dibenarkan menyarung jersi rasmi Kelantan. Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan aksi yg tidak kurang hebatnya. Pembina Kelantan mendahului dgn 2 gol berbalas 0. Pembina UIA PJ ada peluang tapi main bola guna tangan depan gol. Ingat Maradona ke ?. Simpan tangan dalam poket bang !!. Separuh masa kedua Pembina UIA PJ mengatur strategi memburu gol penyamaan. Asakan demi asakan dilakukan tapi kelincahan penjaga gol Kelantan menafikan segala percubaan yg dibuat. Pintu gol Kelantan seakan sudah dijampi menjadikan ia sukar ditembusi. Jampi ke memang Pembina UIA PJ kaki bangku. Tue la, malas turun riadah lagi. Kan dah kalah !!.

Kami pulang semula ke surau Kg Gunung, bersiap solat Jumaat. Tengah bersiap ada seorang mak cik yang tinggal berdekatan surau offer basuh baju. Memandangkan kami tidak menginap lagi malam ini, mak cik tue pun bancuh air nescafe. Perghh, sedapnya. Ada roti & lepas mandi + penat main bola. Ditambah suasana kampung yg mendamaikan. Pohon kelapa beralun mengikut irama bayu. Nasik lauk ayam goreng & daging pulak sampai. Dua bungkus sorang jugak. Bengkak perut aku. Namun itulah hakikat Kelantan. Mewah dgn makanan. Sesetengahnya menggelar Kelantan syurga makanan.

Kami bertolak ke destinasi seterusnya. Sempat singgah di rumah Tok Guru Nik Aziz namun tok guru tiada. Kami hanya bergambar di luar tanpa dipedulikan oleh orang yang lalu-lalang. Mungkin dah terbiasa dengan keadaan itu. Solat Jumaat di masjid Jalan Hospital & bertandang ke rumah Rahman. Makan lagi, mee goreng pulak. Semasa sedang berborak dengan pak cik Fauzi, tak pasal-pasal ada babak jejak kasih. Tanya pak cik Fauzi, “ Sapa sini MCKK ?. Parent ke ?. ” Sekali Muhammad Udzair Izzat Amir bin Muhammad, si ruba’i mengaku daa. “ Ayah saya MCKK dulu. Skg umur 54 tahun. ”

Nak dijadikan cerita, bertautlah kembali persahabatan 2 rakan yang dah lama tak bertemu. Macam-macam hal. Pak cik Fauzi ayah Rahman, pak cik Muhammad ayah ruba’i. Bukan senang nak jumpa adegan camni. Dalam drama pun tak dak tau. Malu tersipu-sipu si ruba’i. Dah kenyang sambung jalan. Singgah sebentar di UM Nilam Puri. Pembina Kelantan terlibat dalam karnival anjuran UM. Bukak gerai pameran Palestin. Pastu gi Pengkalan Kubur pulak. Meme ukur jale abih ari nnie. Selesai ronda kat kawasan bebas cukai (tak murah mana pun), kami melabuhkan tirai petang di Pantai Seri 7 sambil minum menghadap Tak Bai. Angin sepoi-sepoi bahasa menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung semula ke situ. Mendamaikan jiwa sambil melihat kanak-kanak berlari riang. Di satu sudut, kaki pancing melepaskan gian walaupun belum tentu hasil yg akan diperolehi.

Kami di sini, Tumpat Kelantan. Di seberang sana Tak Bai. Merenung ke sana, baru kusedari Tak Bai yg pernah bergolak suatu ketika dulu dekat dgn Malaysia. Hanya dipisahkan muara sempit. Berenang pun boleh. Betul tak Dharma ? Setelah bergambar kenangan, kami bergegas ke Tadika Mawaddah kepunyaan Us Zaidi Muji di Wakaf Baru. Penerangan diberikan kepada kami berkenaan Tadika Mawaddah, pekerja, operasi & pelajaran. Pembina Kelantan juga tidak ketinggalan memberikan sepatah dua kata. Apalagi, ucapan berbaur riak keluar dari mulut wakilnya atas kemenangan pagi tadi. Pembina UIA PJ dah hilang belang. Katanya tinggal di Lembah Klang. Memang ayat bikin perang. Seterusnya pertemuan diserikan dgn ahli Pembina Kelantan lain yg memperkenalkan diri & berkongsi pengalaman dakwah & kerja.

Makan malam walaupun kami sebenarnya terlalu kenyang & letih. Nak buat macam mana. Inilah nasib jadi tetamu di Kelantan. Makan tak putus. Untuk makluman anda, makan pada malam itu disediakan untuk 50 orang sedangkan yg hadir cuma 20 orang. Dah jadi tetamu, dipaksa untuk menghabiskan yg ada. Tapi kami buat tak layan ja.