Thursday, 21 October 2010

Bijak Wang 1


Pernahkah kita terfikir berapakah yang telah dibelanjakan sejak kita dilahirkan sehingga hari ini ?. Pernahkah terdetik di hati kita untuk menyimpan sedikit dari jumlah yg dibelanjakan itu untuk hari kemudian ?.


Andaikan setiap orang menggunakan RM 15 sehari yang meliputi makan, minum, penggunaan air, elektrik, petrol, sewa rumah, internet, top up, potostat & lain-lain lagi. Ini bermakna dalam sebulan sebanyak RM 450 telah dibelanjakan, RM 15 x 30 hari = RM 450. Bagaimana pula sehingga seseorang itu habis belajar & memperolehi ijazah pertama ?. RM 450 x 12 bulan x 24 tahun = RM 129 600


Ramai antara kita tidak menyedari akan hal ini. Ya, sebenarnya setiap kita telah membelanjakan RM 131 400 dalam masa 24 tahun dengan anggaran kos kehidupan sebanyak RM 15 sehari. Bagaimana dengan RM 20 sehari ?. Bukankah jumlah itu menjadi RM 175 200 ?. Sekiranya lebih dari itu ?. Banyak bukan ?. Tepuk dada tanya selera. Tentunya anda tahu berapa yg telah anda belanjakan.


Ambil masa & fikirkan mengenai jumlah itu. Layan perasaan anda & renung sejenak, ‘banyak rupanya yang dah aku belanjakan. Tapi kenapa rasa macam sikit saja & tak pernah cukup ?’ Jawapannya ada di tangan kita. Pernahkah kita terfikir untuk mencatat perbelanjaan harian sebagai rekod ?. Bukankah rekod itu akan menjadi bukti ke mana wang kita dihabiskan ?.


Saya tinggalkan anda dengan satu cadangan. Bagaimana sekiranya kita konsisten menyimpan 20% daripada jumlah perbelanjaan itu. Tak perlu lakukan setiap hari. Setiap bulan barangkali ?. Bukankah ia lebih mudah. RM 3 x 365 hari x 24 tahun = RM 26 280, RM 4 x 365 hari x 24 tahun = RM 35 040.


Ianya adalah satu jumlah yang boleh dibanggakan. Tak ramai yang mempunyai simpanan RM 30 000 apabila mereka bergraduasi. Apa yang anda boleh buat dgn duit sebanyak itu ?. Boleh beli kereta & mendirikan rumah tangga sementara mencari pekerjaan yang sesuai dgn kelayakan anda. Tak perlu tunggu gaji pertama @ setelah setahun bekerja. Gejala sosial pun dapat dikurangkan.


Apa yang lebih penting kesedaran kewangan harus dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mendidik anak-anak mereka. Kalau kita tak dapat peluang macam ni, cipta peluang untuk anak kita supaya mereka dapat menikmatinya. Selepas itu ia akan menjadi budaya. Anak cucu kita juga yang senang.


Bagaimana anda boleh berdisiplin dalam menyimpan wang ?. Salah satu jawapannya adalah takaful. Dengan mengambil pelan takaful anda bukan sahaja menyimpan wang, malah turut melindungi diri & keluarga dari sebarang perkara yang tidak diingini, fikir-fikirkanlah.


Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan wang


Umar Abdul Rashid

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.