Saturday 16 October 2010

Gerakan Islam Perlu Bekerja Lebih Kuat

[Updated] Mengikut perangkaan tahun 2000, penduduk Malaysia pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 28, 908, 795 orang dengan 14, 712, 570 adalah lelaki manakala 14, 196, 22 orang adalah wanita. Ternyata di Malaysia lelaki lebih banyak daripada wanita.


Anggaran penduduk muslim pula sebanyak 60 %. Oleh itu berdasarkan perangkaan tadi, Malaysia mempunyai sebanyak 17, 345, 277 orang Islam. Ingin saya kongsikan analogi berikutnya dgn teman pembaca sekalian.

Kita anggarkan dalam satu keluarga besar bermula daripada datuk sehingga cucu atau cicit, ada 200 orang. Jumlah itu termasuklah, pak cik, mak cik, sepupu, suami atau isteri sepupu & anak saudara serta lain-lain pangkat dalam keluarga. Bahkan dalam sesetengah keluarga, bilangannya melebihi 200 orang.


Oleh itu 17, 345, 277 muslim dibahagikan dengan 200 orang dalam satu keluarga bersamaan 86 726 keluarga besar muslim, 17, 345, 277 / 200 = 86 726.


Berdasarkan imaginasi saya sekiranya kita mempunyai 86 726 individu yang memahami Islam & setiap keluarga mempunyai seorang daripadanya, maka mereka dapat berperanan mendidik keluarga masing-masing.


Amat malang & sedih sekali kerana masih banyak gejala sosial yang berlaku melibatkan orang muslim. Jikalau kita teliti bilangan ahli-ahli dalam gerakan Islam di Malaysia, ternyata sudah melebihi jumlah itu. Parti Islam Semalaysia ( PAS ) sahaja dikatakan mempunyai ahli sebanyak 1 juta orang. Belum dicampur dgn gerakan Islam lain seperti ABIM, IKRAM, PKPIM, ISMA, Haluan, Paksi, tabligh & banyak lagi. Saya tidak katakan ahli gerakan-gerakan ini tak buat kerja, tapi cuba menggambarkan satu big picture kepada rakan pembaca sekalian.


Wa anzir ‘asyiratakal aqrabin


Melayu Sepakat Islam Berdaulat

2 comments:

  1. jika sebagai satu dorongan dan cabaran ke arah amal yg lebih bersungguh,maka analogi tersebut sangat menyentuh. Namun perlu diingat,mendapat hasil yang ideal mengikut perangkaan bukanlah di tangan kita,bahkan di tangan Allah. Jika cukup kriterianya,walau sedikit,tentu akan diberi juga kejayaan oleh Allah.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah kita serahkan segala2nya kepada Allah, pemilik alam ini. Idea asal penulisan ini bersandarkan kepada ayat wa anzir 'asyiratakal aqrabin. Maka saya mengemukakan fakta & contoh bagaimana pemahaman Islam itu bisa lebih baik dalam lingkungan ahli keluarga. Ia juga boleh menjadi 1 strategi, wallahu'alam..

    ReplyDelete

Komen anda amat dialu-alukan.