Monday 25 October 2010

Grand Iftar PEMBINA & QLEP

Petaling Jaya, 30 Ogos – Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur ( PEMBINA KL ) & Quranic Language Enhancement Programme ( QLEP ) telah bersama menjayakan program Grand Iftar dan Arabic Cultural Night ( ACN ) di Dewan al-Malik Faisal, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya ( UIA PJ ). Kira-kira 200 orang pelajar telah menyertai Grand Iftar tersebut manakala 500 orang menghadiri ACN.


Solat maghrib sesudah iftar


Program diadakan sebagai menghargai para pelajar yang telah menyertai program yang telah dianjurkan QLEP dalam bulan ramadhan seperti Speaker Corner, Pertandingan Poster ‘ ahlan wa sahlan ya ramadhan ’ & Pertandingan Kad Raya di samping menyampaikan hadiah & penghargaan kepada mereka.



Menjamu selera selepas solat maghrib

Sebagai penaja utama program, PEMBINA KL telah memberikan sokongan padu kepada QLEP dalam menganjurkan program peningkatan penguasaan bahasa Arab. “ Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat penting untuk kita pelajari kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ” ujar Usamah Bin Izer, wakil PEMBINA KL kepada para hadirin. Tambahnya lagi, “ Bahasa Arab perlu dianggap penting & keutamaan bahasa ini setanding bahasa Inggeris. ”


Di samping itu beliau menekankan aspek pembelajaran berterusan & berharap para pelajar tidak berhenti setakat exam sahaja. Beliau juga mencadangkan PEMBINA & QLEP mengadakan perkhemahan bahasa sebagai salah satu usaha mempelbagaikan aktiviti penguasaan bahasa Arab.


Pogram diteruskan selepas solat tarawih dengan ACN yang menampilkan persembahan nasyid arab oleh pelajar-pelajar UIA PJ serta nyanyian lagu kebangsaan dalam versi bahasa Arab. Program tersebut dimeriahkan lagi dengan multimedia presentation of Muslim superstar bagi memperkenalkan artis nasyid antarabangsa iaitu Sami Yusuf & Maher Zain yang telah menjadi ikon dalam bidang muzik.


Umar Abdul Rashid

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dialu-alukan.