Idea menggabungkan nama 2 khalifah Islam yang masyhur iaitu Umar Abdul Aziz & Harun Ar-Rashid timbul daripada Adnan Oktar yang menggunakan Harun Yahya sbg nama penanya, gabungan nama Nabi Harun & Nabi Yahya
Sunday, 29 June 2008
Ballack Kempunan Lagi
Tanpa kita sedari sebenarnya Micheal Ballack, kapten pasukan Jerman merupakan antara watak penting dalam percaturan bola sepak Eropah ketika ini. Beraksi di final Euro 2008 bersama Jerman & final Eufa mewakili Chealsea, Ballack berada dalam kelas yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jurulatih Low menurunkannya dalam kesebelasan utama walaupun tidak menghadiri latihan selama dua hari. Sentuhan & pengalaman beraksi di kejohanan besar ditagih rakan sepasukan. Cuma nasib tidak menyebelahinya. Kedua-dua pasukan yang diwakilinya gagal merangkul sebarang trofi berprestij di peringkat Eropah. Itulah serba sedikit mengenai Micheal Ballack.
` Bagaimana pula dengan kita ?. Saban hari kita mendengar kisah kejayaan orang-orang di sekeliling kita. Ada yang asalnya papa kedana berubah menjadi seorang yang kaya raya. Suatu masa dahulu seorang budak yang menjadi teman sepermainan kita, hari ini telah menjadi seorang menteri. Di satu tempat yang terasing daripada arus kemodenan, seorang pelajar telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat nasional. Semua ini berlaku di depan mata kita. Tetapi adakah cukup kisah-kisah di atas sekadar menjadi halwa telinga tanpa kita berusaha mencontohi & melakar kejayaan sendiri. Sampai bila kita nak cerita tentang kejayaan orang lain ?!!. Mulakan langkah pertama anda menuju kejayaan. Biarlah suatu hari nanti orang lain pula akan bercerita mengenai kejayaan kita….
Tuesday, 24 June 2008
Lewat Kenaikan Harga Minyak
Agak lewat saya menggarap isu kenaikan harga minyak yang berlaku di Malaysia pada tanggal 5.6.2008. Dengan kenaikan 78 sen bagi petrol & RM 1 bagi diesel, ia adalah yang tertinggi dalam sejarah. Maka kedengaran di segenap pelusuk negara suara kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan itu. Secara peribadi, ia adalah kenaikan yang membebankan. Namun bukan itu yang ingin saya perkatakan kali ini. Ia bukan sahaja persoalan survival kita di dunia, malah persiapan bagaimana kita mahu menghadapi apa yang bakal dipersembahkan di hadapan kita pada Hari Perhitungan.
Kita bisa demo seribu malah seratus ribu. Itu yang terjadi di Kuala Lumpur November lalu. Kali ini kita sasarkan sejuta orang. Sekiranya ia berjaya dicapai, barangkali yang tertinggi dalam sejarah Malaysia. Cuma apa yang sedikit kita kesalkan, berapa ramai yang akan berdemo turun ke jalanan apabila seorang kanak-kanak tidak berdosa di tembak di Palestin !!. Tentu sekali akan kedengaran jawapan “ Dia tak ada kena mengena dengan aku ” “ Palestin tue apa ?. ” “ Mind your own business ” Bukan niat saya menafikan usaha sesiapa yang bertungkus-lumus memperjuangkan isu ini. Akan tetapi tindak balas kita dalam isu yang sepatutnya lebih penting & utama, maka kita kesampingkan.
Jarang kedengaran dalam kehidupan moden hari ini orang akan berdemo kerana masjid tidak dipenuhi pada waktu-waktu fardu solat. Tidak ramai yang hirau ketika mana anak-anak muda semakin hilang malunya. Bila mana kita lambat bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh, terdetik di hati “ biasa la bangun lambat. ” Tapi kalau minyak naik kecoh 1 malaya. Semua pihak disalahkan. Entah siapa yang betul dalam hal ni, kita pon tak pasti. Itu lah fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Perkara yang sepatutnya didahulukan, kita kemudiankan. Hal yang sewajibnya diawalkan, kita lambat-lambatkan. Natijahnya, lahir masyarakat yang berbudaya hedonisma.
Apa yang ingin saya utarakan di sini, bagaimana sikap kita dalam sesuatu isu yang timbul. Agak sukar kita lihat respon yang luar biasa pada perkara yang berkaitan dengan Islam & akhirat seperti yang disebutkan di atas. Kita cuma terkesan dengan isu-isu picisan yang akan selesai sekiranya kita beramal dengan Islam secara total. Islam punya sistem ekonomi yang tersendiri. Islam juga menyediakan panduan kepada manusia selaku khalifah di atas muka bumi. Segala sifat kemanusiaan baik berakhlak, beriman & ihsan terangkum dalam ajaran Islam yang sempurna.
Justeru saya berkeyakinan, segala permasalahan yang berlaku pada hari ini HANYA dapat diselesaikan jika kita kembali mengamalkan ajaran ISLAM secara total. Menyelesaikan isu hanya pada perkara yang berkisar dengannya bukanlah langkah yang bijak menurut Islam. Apabila masalah murtad meruncing dalam masyarakat bukan hanya institusi agama yang perlu diperkuatkan dengan segala macam enakmen & jabatan, tetapi manusia juga harus diisi dengan iman agar mereka mengetahui apa itu MA’RIFATULLAH. Pendek kata fiqh awlawiyyat perlu diadaptasi dalam kehidupan.
Manusia selaku ejen perubahan harus disediakan semahu-mahunya sama ada dari segi mental, fizikal & emosi agar matlamat terakhir menuju MARDATILLAH dapat dicapai, wallahu’alam. Renung-renungkan & selamat beramal….
Monday, 23 June 2008
Cerpen
Saya telah mewujudkan 2 laman blog yang baru khusus untuk penulisan cerpan yang telah disiarkan dalam blog ini dahulu. Anda boleh melayari www.lhokseumawedalamlambaian.blogspot.com & www.langkahhbermula.blogspot.com untuk membaca kisah selanjutnya. Link untuk ke blog di atas telah saya sediakan dalam ruangan my blogs. Saya dalam pembikinan untuk menulis episod seterusnya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya terus berkarya, Insya Allah..
Sunday, 22 June 2008
Blogging
Yeah, for about 1 month I do not blogging. It’s true Zaid. But I do know who was using the nick name Usamah in the shoutbox. I’m blogging for myself & if it is fortunate, others may take advantages on what have been published here. I try to be discipline although I am not. Everyday I’m sitting in front of my laptop & try to write something. But it’s always stuck in the middle of the day. Many articles I want to write is not finish, in terms of writing & idea. Hope Allah give me wisdom to do so, Amin..