Wednesday, 30 July 2008

Resepi Sup Tulang Merah

Resepi ni aku tujukan buat rakan-rakanku yang berada di luar negara. Kalau ada banyak masa & barang2 pon senang dapat cuba la resepi ni. Pasti rindu pada tanah air...

6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1cm halia
3 senduk cili boh (tambah jika mau pedas)
3 senduk tomato sos
3 kg tulang kambing
3 biji kentang di rebus dan dikisar dengan sedikit air
1 biji telur
sedikit garam, gula dan serbuk lada putih
Rebus tulang separuh masak, buang air rebusan pertama (utk membuang bau hamis kambing), kemudian rebus semula
bersama 1 sudu makan rata rempah sop sehingga isinya lembut.. lebih kurang 2-3 jam Kalau gunakan pressure cooker hanya 30minit sahja.

Halia, bawang putih dan bawang besar dikisar halus. Panas kan periuk dan tuang sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga garing. Kemudian masukkan tulang dan bahan2 yang lain bersama air rebusan tulang. Kuah Tulang ini tidak boleh terlalu cair. Masukkan garam, sedikit gula, serbuk lada putih dan serbuk perasa jika suka. Akhir sekali campur kan kentang kisar dan masak sehingga kuahnya pekat. Masukkan sebiji telur kedalam kuah. Dan kacau sebentar sahja lalu matikan api.

Semasa menhidangkan, taburkan hirisan kobis mentah yang sudah dicuci bersih.
Enak dimakan bersama roti Perancis

Tuesday, 29 July 2008

Bagaimana Lagi Untukku.....



“ Ya Allah ya Tuhanku, aku tak mampu menunaikan amanah yang telah diberikan kepadaku, ” suara itu berdoa tersedu-sedu. “ Aku tak tahu bagaimana lagi caranya nak menggerakkan kawan-kawanku agar berbakti kepada agamamu. ” Sudah kukatakan, usaha tangga kejayaan. Lihatlah bagaimana orang lain berjaya melakar sejarah mereka sendiri. Ada yang sudah berpendapatan 2 juta sebulan. Ada yang dulu hanya tukang sapu, sekarang sudah memandu Mercedes mata belalang. Kawan sekelasku sekarang sudah bergelar tauke ikan yang kaya raya. Keretanya sudah 3 buah & sekarang dalam usaha membeli sebuah rumah. Tapi dulunya dia yang mengisi tempat tercorot dalam setiap peperiksaan. Nyata kerja kerasnya berhasil. Pernah kutanyakan kepadanya “ Apa rahsia kau ? ” Jawabnya ringkas “ Usaha sungguh-sungguh ”

Sungguh mudah rupanya. Hanya berusaha bersungguh-sungguh, segalanya mampu kita kecapi. Tapi aku hairan. Kenapa aku & kawan-kawan masih belum mampu walau tersenyum sedangkan kami bekerja atas nama agama. Ya, belum mampu tersenyum kerana berapa sangat usaha yang kami letakkan untuk melihat kejayaan itu. Kalau ada pun, mungkin 2-3 kerat ja yang bekerja sungguh-sungguh. Sementara yang lain tenggelam dengan labu-labinya. Tenggelam dengan dunianya yang entah akan menjamin kehidupan akhiratnya @ tidak. Kadang-kadang aku terasa sangat berat amanah yang kupikul ini. Aku juga punya kerjaya yang harus dipertahankan. Aku masih lagi bergelar pelajar yang inginkan kejayaan. Aku punya tugasan yang perlu disiapkan.

Tapi pada akhirnya, aku juga yang terkontang-kanting keseorangan bagai orang tanpa pedoman. Ahh, persetankan itu semua. Kenapa mesti aku fikirkan semua ini ?. Kenapa mesti aku gerakkan umat untuk perubahan sedangkan mereka pun tak peduli tentang diri mereka sendiri ?. Apa yang aku dapat dengan daya usahaku ini ?. Duitku habis, masaku hanya untuk orang lain. Apa yang tinggal untukku ?.

Ku selak-selak helaian Rahiqul Makhtum tanpa tujuan. Fikiranku kacau tatkala aku perlukan pencetus semangat. Aku tak mampu membaca walau satu patah perkataan yang ada di dalamnya. Deraian air mata tak dapat kutahan lagi. Hiba di hati hanya Tuhan yang tahu. Aku tenggelam dalam genangan air mata ke dunia yang kuciptakan. Aku ciptakan agar menjadi bukti sewaktu aku mengadap Ilahi. “ Inilah yang mampu ku persembahkan pada-Mu wahai Tuhanku, Allah Yang Maha Esa. ” Dunia yang dijanjikan oleh rasul dalam sebuah hadithnya “ Sekiranya Allah mengurniakan hidayah pada seseorang dengan sebab kamu, maka lebih baik untukku dari dunia & segala isinya ” – Tabari –

Monday, 28 July 2008

Gangguan Makhluk Halus

Sudah lama diri ini menanggung penderitaan itu. Entah bagaimana ujian ini bertandang dalam rutin kehidupan. Mungkin juga untuk menguji iman yang senipis kulit bawang. Lantaran itu kupasrahkan jua hati mengharungi dengan tabah walau kutahu bukan mudah menghadapinya. Sudah serata negeri kujelajahi mencari dukun & pawang yang boleh membantu. Kadang-kadang aku sendiri yang kurang yakin dengan bomoh yang kujumpa itu. “ Macam tak betul ja cara dia berubat nie, ” aku berkata dalam hati. Mungkin juga Allah mahu menunjukkan kepadaku di luar sana masih banyak manusia yang mensyirikkanNya. Tapi aku masih dalam duniaku yang dibuai mimpi indah.

Sebetulnya sudah setengah tahun aku berhadapan masalah ini. Tak dapat dinafikan ia mengganggu prestasiku. Prestasi kerja, iman & belajar. Belajar menjadi manusia yang berguna untuk agama & orang lain. Walau sehandal mana cakap-cakap orang mengenai dukun itu, penyakitku ini tidak dapat diubatinya dengan izin Allah. Benar, Allah jua lah tempat aku bergantung. Aku tak kesah kalau ia menggangguku. Tapi aku jadik rimas & kadang kala terkejut dengan perbuatannya itu.

Setelah puas mencari asbab untukku pulih semula, maka aku mengambil keputusan. Penyakit itu dapat kuubati sendiri dengan nilai taqwa kepada Allah. Itulah pengakhiran pencarianku, ijtihad hati yang membawa kepada Ilahi.

Sunday, 27 July 2008

Lambat


Sudah menjadi tabiat Melayu lewat dalam apa jua janji mereka. Kalau berjanji pukul 9.30, tibanya dalam 9.35 @ pon 9.40. Dah la tiba lambat, beralasan pulak. “ Tak leh wat pa la. Sakit perut tadi. ” Entah betul entah tidak. Kita pon ragu-ragu sebab setiap kali lambat alasan tue jugak yang diberi. Mungkin orang kita sudah biasa camtu. Bila dah terbiasa, akan jadi tabiat. Kalau dah jadi tabiat, maka akan berakar umbi dalam diri. Sekali dah berakar umbi, susah dah nak ubah. Akan jadi budaya yang diwarisi turun-temurun.

Bertambah-tambah sedih bila yang lambat nie orang yang berusaha memahami Islam. Semestinya sudah dibaca surah Al-‘Asr berulang-ulang kali di akhir majlis mereka. Tapi lambat jugak. Kita boleh terima kalau kelewatan itu munasabah. Sekali mak mertua datang pulak malam tue. Memang tak leh elak la kan. Tapi kalau selalu lewat, kita pon bengang jugak.

Kira memang patut la Allah bersumpah dengan masa dalam surah Al-‘Asr tue. Manusia memang akan rugi. Engineer, accountant, al-hafiz, ustaz & siapa saja kalau dia selalu lambat. Jadi tolong lah ubah tabiat tue agar tak jadik budaya dalam diri kita.